Showing posts with label perodua. Show all posts
Showing posts with label perodua. Show all posts

Sunday, September 11, 2011

Sudah banyak Perodua Viva kelihatan di atas jalan raya. Tidak kurang yang sudah menambah aksesori pada Perodua Viva mereka dan sudah ada bermacam-macam Kelab Berkereta Perodua Viva di Malaysia ini.

Tapi yang paling Top adalah VIVA OWNERS CLUB (klik untuk mengetahui dengan lebih lanjut).

Tapi apakah Modifikasi yang sesuai dan cun untuk Perodua Viva? Ada siapa-siapa yang boleh berkongsi?

Perodua Viva Di Serata Malaysia

Perodua Viva. Kenapa pilih Perodua Viva? Kerana penjimatan yang agak ketara, senang nak park kereta, macam-macam lagi kehebatan yang ada pada Perodua Viva.



Jimat dan mudah itu Perodua Viva. Bukan berkata bohong tapi ini adalah kenyataan yang kita semua kene hadapi. Perodua Viva mempunyai 3 kuasa iaitu 1000 cc , 850 cc dan 660 cc.



Lagi satu bakal pembeli kereta baru ni nak cari kereta yang jimat minyak. Myvi pun jimat minyak, tapi saiz pulak besar, tak semua orang suka. Perodua kelisa pun jimat minyak tapi saiz lebih kurang kancil je, pun tak praktikal sangat daripada segi saiz dan keselesaan pemandu dan penumpang. Jadi ramai yang konfius sebab nak pilih kereta yang bersaiz kompak tetapi mempunyai ruang yang selesa dan luas. Lepas tu nak yang jimat minyak pulak. Selain daripada tu harga pun menjadi faktor utama sebelum membeli. Kalau mahal macam Honda Jazz ataupun Toyota Yaris tak merasa drive kereta kompaklah jawabnya.


Untuk mereka yang masih tercari-cari sebuah kereta yang senang dipandu, praktikal, mempunyai ruang yang luas dan selesa, menjimatkan minyak, dan yang paling penting harga yang murah dan berpatutan, Perodua Viva adalah pilihan yang paling tepat. Lagi satu Perodua Viva juga mempunyai enjin yang berkuasa. Enjin 1000cc dengan saiz dan berat kereta yang ringan, amat sesuai untuk memecut dilebuh raya mahupun jalan biasa. Pernah sebuah Perodua Viva memecut laju di atas lebuh raya dikejar oleh Nissan Xtrail, 160km sejam beb. Tu pengalaman dan kisah benar dari kawan aku tu.

Selain daripada tu, Perodua Viva juga mempunyai banyak varian dan versi, kalau nak yang lebih murah, boleh pilih yang Viva yang berenjinkan 850cc dan 660cc. Harga pun murah, tetapi terpaksa berkompromi dengan ketiadaan power stering, power window, kuasa enjin dan beberapa kekurangan lain. Sesetengah orang tak kisah pun semua tu, yang penting ruang luas, jimat minyak dan bayar installment bulan-bulan pun murah. Kepala tak payah pening, hajat nak memiliki sebuah kereta murah tetapi bukannya kecil macam kancil tetap tercapai. Lagi satu jangan tak tahu pulak, enjin Perodua Viva tak kira yang berapa cc pun adalah enjin moden dan terbaru. Jauh panggang dari api kalau nak dibandingkan dengan enjin Perodua Kancil yang serba kekurangan tu. Sekarang ni ada versi Perodua Elite pulak, mengancam betullah, tambah-tambah yang kaler oren tu.

Perodua Viva - Praktikal dan Menjimatkan

PENGERUSI Perodua, Tan Sri Asmat Kamaluddin (tengah) dan Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar (kiri) menunjukkan isyarat bagus selepas majlis pelancaran Identiti korporat baru Perodua di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Jun - Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah melonjakkan permintaan terhadap kereta keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dengan Viva menjadi model paling popular di negara ini.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar mendakwa model Viva mencatat peningkatan tempahan sebanyak 24 peratus.

Beliau berkata, pada masa yang sama lebih 50 peratus pusat pameran mengalami kesesakan apabila orang ramai mengambil peluang untuk meninjau model berkenaan.

"Selain Viva, model seperti Myvi dan Kancil juga menjadi pilihan mereka ketika datang ke pusat pameran kami.

"Senario ini menunjukkan segmen kereta kompak yang dipelopori Perodua terus menjadi pilihan utama rakyat untuk berjimat sejak kenaikan harga minyak," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan identiti korporat baru Perodua, di sini hari ini.

Pengenalan identiti itu yang melibatkan slogan dan logo baru Perodua bersempena ulang tahun penubuhan syarikat itu yang ke-15.

Mengulas lanjut, Syed Hafiz berkata, sepanjang lima bulan tahun ini, sejumlah 26,000 buah kereta Viva berjaya dijual, manakala jumlah keseluruhan dijual sejak hari pertama pelancarannya adalah 72,000 buah.

Tambah beliau, Myvi pula mencatatkan jualan sebanyak 37,000 buah dengan jumlah keseluruhannya telah mencecah 241,000 buah untuk mengekalkannya sebagai model kereta nombor satu di Malaysia.

Bulan lalu, Perodua melancarkan kenderaan utiliti sport (SUV) kompak pacuan empat roda, Perodua Nautica.

Model terbaru itu menggantikan model Kembara yang berada di pasaran sejak Ogos 1998 dan dihentikan pengeluarannya sejak bulan Disember 2006.

Sementara itu, Syed Hafiz berkata, pengenalan identiti korporat Perodua dijangka akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pengeluar kereta kompak di negara ini.

Katanya, pelaksanaan penjenamaan semula itu akan membolehkan syarikat berdepan dengan cabaran baru dalam industri automotif yang semakin terbuka bagi memastikan jenama Perodua terus relevan kepada masyarakat.

Identiti korporat baru Perodua merupakan inisiatif yang dipacu oleh visi jenama yang dikenali ‘Pemikiran Segar Untuk Menggerak Malaysia', bagi menggambarkan pengambilan pekerja yang terbaik, proses dan teknologi untuk membangun nilai global kepada model Perodua.

Identiti korporat itu turut mewakili kenyataan jenama ‘Membangun Kereta, Masyarakat Menjadi Keutamaan' yang menjadi dasar utama dalam penekanan terhadap kepentingan elemen manusia dalam memastikan syarikat terus bergerak ke hadapan.

Rujukan Utusan Malaysia


Perodua: Impak Harga Baru Bahan Bakar Ke Atas Industri Automotif Dalam Enam Bulan

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Impak harga baru bahan bakar ke atas permintaan untuk kenderaan dan sama ada pengguna akan beralih kepada kereta berkapisiti lebih rendah, hanya boleh diketahui dalam tempoh enam bulan akan datang, kata pembuat kereta kompak utama Malaysia Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar berkata semasa krisis ekonomi 1998, pemintaan untuk kereta kekal kukuh dan tidak berlaku aliran menurun yang ketara dan kini, tumpuan lebih kepada pendapatan boleh belanja pengguna dan kelulusan pinjaman untuk membeli kereta.

"Sebaik sahaja semua orang mengatasi kejutan awal kenaikan harga bahan bakar, dan mendapat rebat, saya percaya kami akan dapat melihat dengan jelas dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan identiti kroporat baru Perodua.

Syed Hafiz berkata berdasarkan senario semasa, dengan pengguna mula bimbang mengenai bahan bakar, peserta industri akan memacu usaha untuk meneruskan pembangunan dan mengeluarkan kereta yang menjimatkan bahan bakar seperti Viva.

"Jika anda lihat kereta kami, dalam tempoh 10 hari selepas pengumuman kenaikan harga bahan bakar, 50 peratus daripda bilik pameran kami melaporkan trafik semakin meningkat manakala 45 peratus lagi tidak mencatatkan perubahan ketara," katanya.

Sementara itu, tempahan bagi jenama Viva merupakan pilian popular dengan peningkatan 25 peratus, katanya.

Mengenai jumlah keseluruhan kenderaan, Syed Hafiz berkata angkanya dijangka meningkat tahun ini namun tidak terlalu tinggi.

"Berdasarkan kadar tempahan bagi Viva dalam suku keempat tahun lepas, pendaftaran dan tempahan agak seimbang seperti 6,000 sebulan. Namun tempahan Mac-Mei meningkat kepada 8,000 sebulan.

Berdasarkan kadar tempahan bulan ini, ia meningkat sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama bulan lepas, katanya.

Mengulas identiti baru korporatnya, dengan slogan "Building Cars, People First", Syed Hafiz berkata program itu merupakan sebahagian daripada matlamat Perodua untuk kekal kompetitif dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri automotif tempatan.

"Dalam menunju nyahkawal selia dan liberalisasi, adalah peting untuk Perodua kekal kompetitif. Jenama korporat yang kukuh penting memandangkan pelanggan mengaitkan jenama yang kukuh dengan kualiti.

"Kami sentiasa mengenal pasti bagaimana menambah nilai dalam produk berdasarkan cita rasa tempatan," katanya.

Syarikat itu juga akan menggunakan logo baru Perodua, yang mempunyai kemasan berbentuk seperti permata.

Perodua Viva Jualan Melonjak