Saturday, August 3, 2013

Pengubahsuaian Yang Tidak Memerlukan Kelulusan JPJ

Terdapat beberapa pengubahsuaian atau pemasangan aksesori yang boleh dilakukan tanpa perlu mendapatkan kelulusan daripada Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Raya ( JPJ ), terutama pada pengubahsuaian atau pemasangan yang tidak memberikan kesan kepada ciri-ciri kestabilan dan keselamatan kenderaan seperti :
  1. Pemasangan "Air Spoiler" dibahagian depan atau belakang.
  2. Pemasangan "Side Skirt", "Aerofoil" dan "Door Visor" pada kereta.
  3.  Pemasangan "Protection Guards" pada bahagian hadapan dan belakang kereta.
  4. Pengubahsuaian kecil pada geriji radiator, bonet atau bentuk serta rekabentuk lampu.
  5. Pengubahsuaian kecil dan melebarkan jarak tayar atau penahan lumpur.
  6. Pengubahsuaian atau pemasangan bumper besar ( samaada jenis keluli atau fiberglass ) pada bahagian hadapan dan belakang.
  7. Pemasangan rim dan tayar yang lebih besar.
  8. Pemasangan para bumbung.
  9. Pemasangan lampu brek tambahan ( berwarna merah ) atau lampu penunjuk arah ( berwarna amber ).
  10. Pemasangan "Sun Roof" di atas bumbung.
  11. Pemasangan sportlight atau lampu halogen ( berwarna putih atau kuning ) pada bahagian hadapan sahaja iaitu tambahan kepada lampu sedia ada.
Walau bagaimanapun, pengubahsuaian kecik dan pemasangan aksesori ini hendaklah memenuhi semua keperluan perundangan sebagaimana dinyatakan di dalam Motor Vehicles ( Construction and Use ) Rules 1959 atau Motor Vehicles ( Construction, Equipment and Use ) Rules 1988.


 

0 comments :

Post a Comment