Sunday, September 11, 2011

Perodua Viva Jualan Melonjak

PENGERUSI Perodua, Tan Sri Asmat Kamaluddin (tengah) dan Syed Abdul Hafiz Syed Abu Bakar (kiri) menunjukkan isyarat bagus selepas majlis pelancaran Identiti korporat baru Perodua di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Jun - Kenaikan harga minyak baru-baru ini telah melonjakkan permintaan terhadap kereta keluaran Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) dengan Viva menjadi model paling popular di negara ini.

Pengarah Urusan Perodua, Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar mendakwa model Viva mencatat peningkatan tempahan sebanyak 24 peratus.

Beliau berkata, pada masa yang sama lebih 50 peratus pusat pameran mengalami kesesakan apabila orang ramai mengambil peluang untuk meninjau model berkenaan.

"Selain Viva, model seperti Myvi dan Kancil juga menjadi pilihan mereka ketika datang ke pusat pameran kami.

"Senario ini menunjukkan segmen kereta kompak yang dipelopori Perodua terus menjadi pilihan utama rakyat untuk berjimat sejak kenaikan harga minyak," katanya pada sidang akhbar memperkenalkan identiti korporat baru Perodua, di sini hari ini.

Pengenalan identiti itu yang melibatkan slogan dan logo baru Perodua bersempena ulang tahun penubuhan syarikat itu yang ke-15.

Mengulas lanjut, Syed Hafiz berkata, sepanjang lima bulan tahun ini, sejumlah 26,000 buah kereta Viva berjaya dijual, manakala jumlah keseluruhan dijual sejak hari pertama pelancarannya adalah 72,000 buah.

Tambah beliau, Myvi pula mencatatkan jualan sebanyak 37,000 buah dengan jumlah keseluruhannya telah mencecah 241,000 buah untuk mengekalkannya sebagai model kereta nombor satu di Malaysia.

Bulan lalu, Perodua melancarkan kenderaan utiliti sport (SUV) kompak pacuan empat roda, Perodua Nautica.

Model terbaru itu menggantikan model Kembara yang berada di pasaran sejak Ogos 1998 dan dihentikan pengeluarannya sejak bulan Disember 2006.

Sementara itu, Syed Hafiz berkata, pengenalan identiti korporat Perodua dijangka akan terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pengeluar kereta kompak di negara ini.

Katanya, pelaksanaan penjenamaan semula itu akan membolehkan syarikat berdepan dengan cabaran baru dalam industri automotif yang semakin terbuka bagi memastikan jenama Perodua terus relevan kepada masyarakat.

Identiti korporat baru Perodua merupakan inisiatif yang dipacu oleh visi jenama yang dikenali ‘Pemikiran Segar Untuk Menggerak Malaysia', bagi menggambarkan pengambilan pekerja yang terbaik, proses dan teknologi untuk membangun nilai global kepada model Perodua.

Identiti korporat itu turut mewakili kenyataan jenama ‘Membangun Kereta, Masyarakat Menjadi Keutamaan' yang menjadi dasar utama dalam penekanan terhadap kepentingan elemen manusia dalam memastikan syarikat terus bergerak ke hadapan.

Rujukan Utusan Malaysia


Perodua: Impak Harga Baru Bahan Bakar Ke Atas Industri Automotif Dalam Enam Bulan

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Impak harga baru bahan bakar ke atas permintaan untuk kenderaan dan sama ada pengguna akan beralih kepada kereta berkapisiti lebih rendah, hanya boleh diketahui dalam tempoh enam bulan akan datang, kata pembuat kereta kompak utama Malaysia Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

Pengarah Urusan Perodua Datuk Syed Hafiz Syed Abu Bakar berkata semasa krisis ekonomi 1998, pemintaan untuk kereta kekal kukuh dan tidak berlaku aliran menurun yang ketara dan kini, tumpuan lebih kepada pendapatan boleh belanja pengguna dan kelulusan pinjaman untuk membeli kereta.

"Sebaik sahaja semua orang mengatasi kejutan awal kenaikan harga bahan bakar, dan mendapat rebat, saya percaya kami akan dapat melihat dengan jelas dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya kepada pemberita selepas melancarkan identiti kroporat baru Perodua.

Syed Hafiz berkata berdasarkan senario semasa, dengan pengguna mula bimbang mengenai bahan bakar, peserta industri akan memacu usaha untuk meneruskan pembangunan dan mengeluarkan kereta yang menjimatkan bahan bakar seperti Viva.

"Jika anda lihat kereta kami, dalam tempoh 10 hari selepas pengumuman kenaikan harga bahan bakar, 50 peratus daripda bilik pameran kami melaporkan trafik semakin meningkat manakala 45 peratus lagi tidak mencatatkan perubahan ketara," katanya.

Sementara itu, tempahan bagi jenama Viva merupakan pilian popular dengan peningkatan 25 peratus, katanya.

Mengenai jumlah keseluruhan kenderaan, Syed Hafiz berkata angkanya dijangka meningkat tahun ini namun tidak terlalu tinggi.

"Berdasarkan kadar tempahan bagi Viva dalam suku keempat tahun lepas, pendaftaran dan tempahan agak seimbang seperti 6,000 sebulan. Namun tempahan Mac-Mei meningkat kepada 8,000 sebulan.

Berdasarkan kadar tempahan bulan ini, ia meningkat sebanyak 24 peratus berbanding tempoh yang sama bulan lepas, katanya.

Mengulas identiti baru korporatnya, dengan slogan "Building Cars, People First", Syed Hafiz berkata program itu merupakan sebahagian daripada matlamat Perodua untuk kekal kompetitif dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri automotif tempatan.

"Dalam menunju nyahkawal selia dan liberalisasi, adalah peting untuk Perodua kekal kompetitif. Jenama korporat yang kukuh penting memandangkan pelanggan mengaitkan jenama yang kukuh dengan kualiti.

"Kami sentiasa mengenal pasti bagaimana menambah nilai dalam produk berdasarkan cita rasa tempatan," katanya.

Syarikat itu juga akan menggunakan logo baru Perodua, yang mempunyai kemasan berbentuk seperti permata.

0 comments :

Post a Comment